PERHATIAN SERIUS:Sila sediakan sekotak tisu kerana bacaan berikut bakal menyentuh hati kamu.
Masa tadika dulu, aku dipaksa masuk dalam pertandingan pakaian beragam.Aku tanya bonda , pakaian beragam jadah apa?.Tapi bonda tanya aku balik , dah besar esok nak jadi apa?. Tanpa ragu aku jawab polis. Sebab ape?, sebab masa kecik kan nakal subhanAllah, Jadi bonda selalu gunakan subjek polis , siren polis, kete-kete polis dan seumpamanya ,untuk takut-takut aku, supaya jadik budak baik.
"Haaa polis , tangkap budak ni, tangkap budak ni , nakal sangat tangkap dia ni mehh!!"
So, bila dah jadi polis, takdelah boleh bonda nak acan-acan aku cmtu lagi, dah sama geng ngan polis kan.
Maka pakaian beragam aku, selaras dengan standet polis ketika itu ,seluar khakis, baju biru laut china selatan, dengan topi polis.
Depan aku ade sorang budak pompuan yang cute. Dia pakai ala hula-hula Hawai, dengan bunga-bunga plastik kat kepala, tangan, dan yang paling besar lilit kat leher, menyerkup sebahagian badan dia.
Seingat aku budak ni agak clumsy, then bila tiba turn dia naik pentas, kaki tersadung dan terjatuh. Cepat-cepat dia bangkit, betul-betulkan rambu-ramba dia , dan jalan macam biasa.
Bila turn aku, baru perasan. Ropol-ropol bunga yang sangkut kat leher , terkaleh abeh ke belakang.Budak pompuan tu pulak hepi-hepi, macam takde apa bende yang beasr berlaku kat dia. Yelah, budak pun lagik kan .Itulah first time aku nampak gurls yang sebaya dan tak berbaju secara langsung, dan kali terakhir yang aku tak suchi--mu.
Korang bile dah ada anak nanti, berpada-padala dalam mendera , kesian budak tu. 20 tahun akan datang bile adik2 nk pedajal akak dia, upload kat FB iQ
(beta version tahun 2032), abes satu kolej akak dia tengok gamba dia masa kecik2. Boleh mentel gak , lagi-lagi bila ada orang komen lebih kurang camni;
" patutla.. dari kecik lagi da papan.."
Tak mentel ke?
Pemenangnya ialah cik Batman. Bonda cakap aku dapat no.2 , sebab contest tu cuma no.1 je yang dapat hadiah.Dan setiapkali aku masuk acara lumbalari dalam guni ke hape ke, bonda akan cakap aku dapat no.2. tak dapat hadiah sebab hadiah cuma yang no.1 je . Thanks mom, i knew you did'nt meant to do that.
Jadi seorang Batman juga agak kewl, apatah lagi memang cita-cita setiap budak laki nak jadi hero, sang penyelamat dunia bila dia besar nanti. Tapi aku refuse, sebab masa tu aku tak reti bawak keter. Kalau naik keter polis, boleh gak suruh kawan yang bawakkan.
Itulah cita-cita aku sampai darjah. 3. Masa tu che`gu kelas , pompuan. Korang paham jelah , che`gu pompuan ni cammane, memekik-mekik, pitching tinggi, keje belambak, dan tak pernahnya lawak. Sampailah satu hari bila che`gu tu bagi ucapan kat perhimpunan,
"
Saya nak jadi cikgu sebab saya mahu mendidik anak bangsa saya sendiri...!"
Tergamam aku.Barangkali kalau kamu dengar mana-mana pun kawan cikgu kamu cakap macam ni, mungkin kamu akan gelak sinis.(kihkihkih). Kalau orang tua kat kampung dengar , mungkin kagum la skit. Mahu cakap kat abang-abang kamu? nak mampus?..
Tapi untuk budak-budak , yang dunianya hanya main lastik, lempar kasut, dan rembat rambutan jiran dalam seharian hidup, dengar perkataan yang 'ambitious' sebigini pasti saja merubah persepsi hidup dia untuk masa depan. Tak caya , cube try tanya anak sedara kamu yang sedang menonton Ultraman Kosmos tu, tanya dia, nak bawak tak kapal terbang tu.
"jadi ultraman la, boleh terbang sendrik, ..bila besar boleh pijak pakcik balik"-ahh, sudah, apasal kamu tanya?
Start dari hari tu aku set , satu hari nanti aku nak jadi cikgu, yang boleh didik anak bangsa sendrik.Dah ada cita-cita , jadi kenala peratikan gelagat cikgu iye dok?.Oh, rupanya aku belajar something , nak jadi cikgu kena berani buat salah.Pagi itu , cikgu tak masuk kelas, rupa-rupanya, cikgu tu termasuk-terajar kelas sebelah.Dengan muka yakin, cikgu tu explain balik. nak berjaya kena berani gagal.
Wow!!Kagum sekali lagi.
..............
Perkataan Jurutera buat 1st time dengar masa darjah 6. Itu pun sebab jiran sebelah taman perumahan yang kat sebelah sana keje jurutera JKR buat bagunan sekolah.Err..belum sampai 40 bijik rumah kire jiran lagi la kan?..Dia ni best friend forever ayahanda, so selalu pergi rumah dia.
Rumah dia uols nak tau, besau-sebesau nye. Ruang tamu tu boleh main futsal la yuno.Dia tak pakai merc, tapi pakai Rusa, dua bijik .Lama gak aku fikir ,asal pakai Rusa; patutlah, rupanya anak ada sampai 11 orang. Nak pergi piknik memana , senang, takde yang kena jaga rumah. Jangan tanya aku apasal tak angkut bas terus, beli Rusa pun dah abes misteri untuk aku telan.
Kesimpulannya , jadi jurutera itu kewl, duit banyak, rumah besar , anak ramai, dan boleh beli Rusa 2 bijik. Dah dapat syurga dunia dan bahagia sampai hujung nyawa.
Orait,set- Jurutera!!
Tapi, langit tak selalunya cerah Bonda bukannya anak mat salleh yang boleh dibawak speaking kat rumah. Maka aku miss nak masuk smkasas- satu2nya sekolah paling power dalam dunia yang aku tau masa tuh.Sebagai ganti , aku masuk sekolah yang asramanya tempat cipan-cipan bertepuk tampar suatu ketika dahulu.
Masuk asrama kecil boleh tahan bestnya.Aspura ada 2 dorm, 1dorm ade 20 orang, maka kesemua ada 45 orang, eh apahal lak nih? .... oo ade bilik kecik seblah bilik air jugak boleh sumbat lagi 5 orang.Aspuri tak sure lak, sebab tak dan nak tanya senior yang pernah inspect masuk aspuri memalam, sebab pagi esoknya dia dah blah.
Duduk situ, campur form 1 sampai form 5,belajar bermasyarakat tanpa kenal beza umur..So, tiada isu abang-berabang , melainkan angkat mengangkat dikalangan penghuni aspura dengan aspuri..Siap buat sibling's thread lagi tuh, jangan wat gile.
Then, Alhamdullilah , pindah lagi ke tempat yang bukan main hujung bumi.Air paip asrama tu kandungan kalsium dia sangat tinggi. Kalau minum secara konsisten 8 gelas sehari, cukup satu sem , berak keluar kapur tulis, kalau cirit keluar kapur kasut.Berbeza ngan asrama dulu, asrama ni penghuninya ramai, tapi ada 2 form saja sebabkan sekolah tu nak consetrate kan SPM saja.Pun begitu hubungan tak bape kamceng sangat, nak berangkat-angkat takde harapanla..Kat situ kalau berselisih dengan budak form5 nak pergi dewan makan ke, nak ke surau bersolat jemaah ke , wajib kena tegur macam nih;
"
Assalamualaikum Abang Remi yang baik hati dan jujur.."
WHAT THE ??
Bayangkanlah tiap kali nak gi prep tak bebuih mulut.
Ok, fine, bagi salam memang bagus,merapatkan ukhuwwah dan dapat pahala lagi, tapi kalu perangai sekor-sekor dah macam iblis pulang petang, celah mana yang baik hatinye..hahaha..
dirembat dari super2 senior ,Abang Emran yang kacak,lagi berbudi pekerti
Sekali lagi , disebabkan bonda bukan anak orang putih, maka cita-cita aku nak pergi negeri mat salleh tampak samar.Bukannya apa, time tu aku nak sangat naik kapal terbang. Sebab tu aku tak teragak-agak bila isi borang apply matriks , aku pilih Matriks Labuan line pertama, line kedua pun aku kick-in Labuan, line ketiga baru isi Gopeng . Yang dapat , Gambang, demn tak masuk list langsung..Suda
hnya aku pun keluar pergi ....
....
Tup, tup terus ada kat sini, Nagoya Darul Taqwa- benda yang dalam mimpi tak pernah wujud, apatah lagi dalam matlamat hidup yang nak sangat jadi jurutera ni .
....
Jadi , penting sangat ke matlamat hidup ni?.Pakcik makcik sikit punya bangga kalau anak mereka seorang jurutera , megah bila ada anak seorang doktor, lawyer? pensyarah?Pernah juga kakak-kakak aku paksa suruh jadi pereka fesyen. Nak ubah tradisi pujuk mereka. Back to 10 years before, kalau kamu perasan, kebanyakan pereka fesyen semuanya aw-aw belaka.Jadi mind-set aku kata,laki lembut sahaja yang boleh jadi pereka fesyen dan menganggap kakak-kakak aku ini sedang menganjing aku.
Tapi lepas tengok interview kat TV 2-3 tahun lepas,Jimmy Choo ni sendri taklah selembut mana, even selembut-lembut Chef Wan dulu pun graduan accounting ,dan pernah jadik akauntan sekejap.Sekeras-keras umat manusia yang pergi Germany itu pun, balik-balik jadi penyanyi, macam Hazami. Pendek kata dengan dunia yang sesempit camni pun orang dah boleh turn 180 darjah.. Itu yang dah ada matlamat ,kalau takde, jawapannya perut terburai-burai di tengah jalan sambil mengharap simpati orang ramai, tapi takde sape nak tolong sebab nasib le sape suh jadi mat rempit .
Matlamat hidup? atau matlamat dalam hidup ?.
Kalau ditanya tentang peranan ,jujurnya aku akan jawap ntah, siapalah aku yang rendah ni nak bercerita tentang benda-benda camni, lagi pun hari esok pun kita tak tahu pucuk pangkal hidup ni cammane.
TAPI
At least, bila dah set matlamat , setiap yang berlaku kita boleh ingat setiap detail demi detail yang jadik dalam hidup kemudian kaitkan satu citer dengan citer yang lain, top-up sikit2 dan
boleh dijadikan bahan bercerita, modal berblog macam entri ni- Peranan utama matlamat hidup yang aku jumpa setakat ini.
Heh,Kalau tak, takde l
ah kamu payah-payah nak baca sampai ke tulisan warna merah ini kan?
.....
.........
................
Itulah serba-sedikit riwayat hidup aku setakat ini.Jangan risau, aku takkan tunggu 20 tahun lagi untuk nak tulis benda yang macam ni. Menulis blog ni pun tak pernah ada dalam mana-mana matlamat hidup, sebabnya aku suka menulis,dan aku menulis kerana aku suka bila ada korang yang sudi membaca .
Terharu bukan.
Okeh, sekarang bolehlah ambil sekotak tisu tadi, keluarkan semua isi dalam, talakan mulut ke lubang, dengan kiraan 1...,2.. uwwekkkk, .3...uwekkkk..
p/s:genap tahun depan dibulan ni , hari ni , jam ni , minit ni, dan saat ni, perkara ajaib bakal berlaku..Btw, sok pagi nak gi Osu, nak beli gadjet yang boleh tukarkan suara jadi huruf sebijik-sebijik.Malas pulak nak taip panjang-panjang nih.hoH. Ade sape-sape yang nak kirim?
Read More