Malam ni balik lambat lagi.
Hari ini ingat nak buat programming kat rumah ajelah. Dah berhari-hari balik subuh, tido, bukak mata, mencekik, pergi sekolah, wat programing,sampai subuh , balik, tido,..Demn, takde life.
Minggu ni senior ngan supervisor gi Korea, so , boleh bukak la topeng sebenar.
Pada sape yang sedang bergelumang dengan mathlab, fortran, C++, dan sebagainya pasti faham betapa sakitnya jiwa , bila dah beria-ria karang ,ngalahkan tulis novel, bile debug , error. Artisoc pun begitu juge. Artisoc lagi merepek. Debug kemain . Takle bukak youtube skit.Pantang. Dah tu , lagi 98% nak complete
PlinG!
>>>Script ERROR!!<<
*%*T#*#$
Oleh yang demikian ,dengan memakai skil lama, pinjam komputer senior dengan alasan nak check network printer , sambil-sambil itu tak salah kan rasenya , kite copy skali file programming dia kan. Alasan mahu belajar.
Hari rabu dah nak kene submit, so,malam ni kene siapkan. Esok buleh gi marathon drama sampai ke malam.So, ubah -ubah je sikit path file, matching kan time streching sumer. Parameter tambah-tambah sikit.Oter-oter, macam korang wat blog, macam tu jugak la programming aku ni. Bezanya, menatang ni kalau print , kertas A4 Narrow-margin, dengan saiz font 12, mau la dalam 13 mukasurat.
Ok jangan kaco aku nak wat..
..Nahh, siap.
Ok ,mari men-debug. Walaupun debug lama, sebabkan aku kat umah, so, boleh layang TV jap sambil-sambil mengunyah kacang senduk ini.
Krup..krup..krup...
*Klik!
iIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII...........78%
iIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII..99%
Yeah, come on babby , come on....
Restart.
Ah, lantak ah.
Layan Drama je la terus.
Drama Jepun "Proposal Daidaisakusen"- episod 43.
Drama ni mengisah seorang loser dari masa depan, Aoki., yang diberi perluang untuk kembali ke masa lampau untuk mem-propos gadis-so-called-teman-tapi-akrab-dan-mesra, Narumi.Setiap episod, satu kali peluang balik masa lalu, dan peluang yang satu tulah , yang ...haishh...
Tapi ape cerita ni. Biasa drama jepun takat 12 episodje, ni sampai 43 , tak terucap-ucap gak lafaz cinta kau ni, loser sangat dah nih.
Tapi aku kagum dengan semangat Aoki. Dia tau diri loser, tapi tetap tak rela si Narumi, yakni, gadis yang senantiasa didalam mimpi-mimpi
Episod minggu ni barangkali yang terakhir.
Cikgu Badarudin sudah pun melamar Narumi, dan ajak kahwin kat Amsterdam.Sambil-sambil tu boleh honeymoon sekali. Paris dah common sangat.
Scene kat terminal berlepas kat Airport.
Aoki tukang angkut barang. Ikutkan hati, mau je dia hempuk beg tu kat muka Cikgu Badarudin. Tapi, sebab mau jaga hati Narumi, dipendamkan aja.
Flight pukul 12:35, skang 11:15,..Last call pukul 11:25, ada lagi 10 minit.Kalau tak tamatlah plan propose Aoki untuk buatkan Narumi berbalik hati kepangkuan .Dia sudah practise berjam-jam lama kat tandas airpot sebelum Narumi ngan Cikgu Badarudin sampai tadi..
"Narumi , sebenarnya saya ************************************"
Ayat keramat yang terkarang dalam novel Artiqah- novel kesukaan Narumi, yang Aoki percaya boleh menterbalikkan segala-galanya diketika ini.
"Sekarang adalah panggilan terakhir bagi penerbangan JAL89 , sila ke cek masuk di balai berlepas sekarang"
Ah, sudah....-Peluh jantan Aoki mengalir deras di dahi hingga ke dagu.
"Bai bai Aoki!, duduk Jepun elok-elok ye!" Sayup-sayup Narumi melambai dari jauh.Aoki merenung jauh. Inilah peluang terakhir. Dengan kerja tukang cat bagunan makmal, mana mungkin dia mampu terbang mengejar Narumi ke Amsterdam.
Dia mendongak ke depan,...mengorak langkah, laju
semakin laju ke arah Narumi. Narumi masih lagi belum melintas pagar imigresen.
C'mon Aoki, you can do it man-bisik hati aku pulak...
Aoki menjerit.
"NARU...........
Restart
Dahlah. Berat agak nya nak play movie. Ni nanti-nanti lah aku layan kat komputer hosmet . Share kat network. Dia gi kelas, bukannya log-out pung... takpe.
Dah lama rasenya tak berchat dengan yang ter'sayang'.. Oh belum lagi. Maybe la one day Aku dah lama keep in touch ngan minah ni. Tapi masalahnya aku tak pernah tengok muka dia.
Macam mana boleh jumpe?
Dunia internet beb, dunia internet. Alam maya ni kan luas. Sorang boleh jadi 2,3,4,lima nam orang..Yang laki nak jadi pompuan hot pun boleh.
LadyBuzz28 , atau .Uli, ni aku jumpa kat alam blog. Nope. Dia yang jumpa aku. Masa aku baru nak berjinak-jinak dalam dunia tulisan merapu ni. Saja suka-suka. Dan dia antara yang terawal la folow aku. Heran gak camane dia jumpe aku. Mase tu cume hold akaun friendster je,. Pulak Gengblogger laSelangorblogger KelantanBlogger, lain komuniti blog mana ada.
Nak lagi dramatik, dia sanggup buat akaun blog semata-mata nak komen kat blog aku punye pasal. Yelah, masa tu aku set cuma yang ada akaun blog je yang boleh komen.Diaada blog, tapi blog dia setakat 'Selamat Datang ' jela..
Dalam setahun setengah, dialah peneman aku diruang rindu, eceh. Maksud aku tetamu setia di kamar gelapku (wek).
Sebagai gentelman, aku start langkah meng-add dia kat ym. Kemain suke dia orang laki add kat ym.Dalam list dia siap cakap lagi aku laki ke-2 lepas abang ipar dia sekarang.
Uli, baru sampai kat Prague, Czech, dia wat bio-medic. Dia ni staff UKM, rasenya dia wat master la kot kat sane, balik2 jadik pesyarah kat UKM..Problemnya, dia sorang je batch yang kene hantar sane. Kemudian ada la senior laki 2 orang, itu pun 2-2 dah kahwin bawak abis bungkus family semua ke sana.
Jadinya dia ni lonely.
Mungkin takdir telah mempertemukan dia untuk jumpa blog aku, terus melekat sampai ke malam. Moga harap ada perkembangan lepas ini .InsyaAllah.
BUZZ!!
"hai " - ringkas dan padat
"hai
Haha, meh sini kasik tau, orang pompuan ni memang suka main tarik-tarik tali.So, bile dia cube nak acan-acan begini, korang layankan je..
"bukan busy, tapi merajuk....."
"Yela, yela..dah ready dah pun"
Sebenarnya,Jumaat lepas aku ade mintak something ngan dia. Sebabkan kepengen sangat nak tengok muka dia camne, aku terus ajak web-cam ngan dia. Almaklumlah rakan-rakan, takat gamba-gamba sape nak percaya skrang ni ye tak. Sebab ,dalam web-cam-ing nanti buleh lah aku mintak dia korek hidung pakai ibu jari, untuk konpomkan lagi yang aku memang sohih sedang chat ngan dia .
By the way aku memang dah standby dah web cam aku tepi ni.
"Sedia aa" - isyarat dari cik Uli kita nih.
PLiNG!!
Iyaaaa...
Nampak sudah
Alhamdullillah,walaupun takat dagu je, tapi jelas, minah ni bertudung.
Calon bini, kriteria yang pertama, cek!
Tapi, aku nak tengok muka.
"Turn awak lak, kalau awak tunjuk, saya janji saya pun tunjuk gak"
Haish, memang suka tul tarik-tarik tali ni kan?. Tapi takpe, aku chill jer. Aku terus open web-cam nih , nampak muka sebijik.Aku tau , Uli memang takkan kesah muka aku camne, so takyah segan-segan la ye tak.
"E'ehh , anak makcik milah ke ni, kecik-kecik comel, dah besar comot"
"Janji tetap janji"- aku yang tak sabar
"oklah, janji kali ni je tau"
"Iyee.."- aku menganggukJelas tangan dia tengah pegang web-cam, kemudian didongak kan perlahan-lahan
perlahan-lahan..
perlahan-lahan....
*)*)($&*@(*#&$)@*(&#$^@*&#$^)@*&#$^@&#$^@)$%@
Tidolah
Ok, Good nite sume.:)
p/s:rekaan semata-mata, toksah caya bulat-bulat.
15 comments:
wadehel tmbah ps bukan crita sbenar..aku tau ni kesah betul...
yela2..kte p amsterdam..byk la ko nye perli
hahahaha...
paling benci wat prog or C++ tu..dgn autoCad or MatLab bagai tu...daa penat type satu ladang, sekali x kuar pon aper yg nk..asyik error jer..
tp xtau naper dpt A+ maser test..
kahkahkah...errr..ehemm ~~
tetiba muncul kan..daa lamer bacer blog tp 1st komen sbb tgh buhsan..
huuuhuuu~~~
haha. aku jd cmni mase tgh siapkn report. sakit hati xsempat save. adeh
dengan semangat ye aku bace...
skali kua blue screen plak...
cis, terbang semangat nak taw 2...
huwahahahhahah
btw, best ke cite proposal yg yamapi blakon 2???
baru tgk 1 episod tapi dlm tv je lor...
kdg2 musykil bile bc post2 dlm ni, ntah mana satu yg benar yg mane tidak. konpius konpius konpius.
uli?? siapekah?? haha.
@zuraida:ni mesti pandai bodek lecturer kan..huhuhu
joking joking
@Munsyi-sama da!!..watakushi no oheya wo goran itadaite, makoto ni arigatou gozaimashita....
@takky: best-best...
@nsdahlia: refer kt tag , mcm post ni , tag dia 'cerpentol' short-form for ' cerita pendek betol' . ni short form for'cerita pendek yang berdasarkan pengalaman, bacaan dan kisah-kisah teman-teman yang betul-betol'
:|
cikjah kampung sebelah: Uli..Uli tepung ..kohkohkoh
xler, sy selalu bodek lecturer punya nenek jer...mana tau kot2 dpt kuih kuaci satu...hohoho...
uiiii, duk jepon bosan kaa? cam bosan jaa!! ngahngah~~~
Aku siap simpan proposal Daisakusen tu dalam laptop dan telah selamat dalam external.
Memang best sebenarnya, cuma part hamburger tu je yang macam, ok la, boleh gaduh sebab dia lembap nak cakap.
T___T
dan ya, lagu dia macam lagu, ok la, tak nak pessimis dan racist.
Ceh!
Patutlah orang online nak ajak berbual tak layan, beliau ada Uli tu rupanya.
Ok, fine.
Delete je la dari list YM & Skype.
Huh!
kenapa jadi mcm ni oh?
laptop org pun slalu jadi mcm ni
terus rsa nervous
huhu
tidak tahu sama ada fakta atau auta..oleh kerana kisah ini dan blog awak so sweet, saye bakooo..follow!
xler, sy selalu bodek lecturer punya nenek jer...mana tau kot2 dpt kuih kuaci satu...hohoho... uiiii, duk jepon bosan kaa? cam bosan jaa!! ngahngah~~~
hogan outlet online
calvin klein outlet
coach outlet
converse outlet
adidas stan smith
hermes belt
jordan 11
longchamp handbags
yeezy boost 350 v2
nike shox for men
f0e58g3a83 e6k56n3j09 v3t37u4a91 w3y67e9a73 d1x03r3q64 v2o59f1u37
Post a Comment