Monday, February 14, 2011

Termenung itu tanda rindu

 Dan rindu itu pula pemangkin cinta ,pengerat kasih sayang.

Suatu hari.

"Aku sangat rindu untuk bertemu dengan saudara-saudaraku",Tiba-tiba suara Rasulullah membelah kesunyian seketika.

Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. 

  Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Sayyidina Abu Bakar. Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan sedemikian.
Seulas senyuman yang sedia terukir di bibirnya pun terungkai. Wajahnya yang tenang berubah warna
.
“Apakah maksudmu berkata demikian, wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu?” Sayyidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut pikiran.

“Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan),” suara Rasulullah bernada rendah.

“Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah,” kata seorang sahabat yang lain pula.
Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum. Kemudian Baginda bersuara,

“Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasul Allah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka.”

......


Hebat cinta Rasulullah.

Kalau kita, selagi tak nampak depan mata , selagi itulah sukar untuk percaya ,apatahlah lagi untuk meyakini . Mahu menyintai? jauh panggang dari api.
    Tapi, begitulah gahnya cinta baginda terhadap saudara-saudara. Siapa? Kitalah, orang yang baginda nak sangat jumpa di akhirat kelak.

Marilah sama-sama berselawat ke atas junjungan baginda SAW, moga senang nak jumpa di padang mahsyar nanti.


Jadinya,
   dengan mengambil sunnah baginda SAW, aku cuba mengaplikasikannya dalam kehidupan harian.

Sekadar mencuba.

   Kalau-kalau ternampak aku tengah menung-menung tu, tu bukan menung sesaja. Tu sedang merindukan bini tercinta ngan anak-anak tersayang sedang menunggu di rumah ,  suatu hari nanti..

"Tunggu, tunggu papa balik, nanti papa belikan jajan , dengan chokobi ye.."




_ciao









5 comments:

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Papa kalau belika chokobi sila tukar nama jadi Encik Nauhara ya?

:p

Btw, thanks atas perkongsian tu Sheri.
:)

takky said...

owh chokobi....
sudah lame ku tidak berjumpa dgn mu...
adakah anda merindui aku???
huhuuuhuhu

syazrah said...

mudah2an ya..:)

Fahmi Mahat said...

Tahniah Sylver, download image kat sini ya pastu ikut sylver lah, leh letak kat sidebar~ =)

=) nanti saya buatkan header , eh =)

ザ-sylver- S said...

@zara:nauhara..haha

@takky:siapalah aku utk merindukan kamu...eceh

@syazrah: ameen

@fahmihat: thanks bro!!

@zara (balik): Noharalah!!

Related Posts with Thumbnails