Kalau anda kata , ini adalah entri penyedap hati, anda memang silap sama sekali. Iya, memang benar, tahun ni saya beraya kat perantauan (lagi). Tapi, inilah yang saya tunggu-tunggu, beraya di perantauan sememangnya sangat manis dan menarik, pengalaman berharga untuk dkongsikan kepada anak-anak di masa depan.
1) Masuk Paper
Initial goal kenapa semorang nk sangat duduk oversea (tanpa memikirkan langsung consequence sesudah sampai di sana). Takpelah, lagipun bukan calang-calang orang boleh masuk paper, walaupun muka hensem, tapi suara takdek, tetap takleh jadi artis juga. Lantas itulah satu-satunya peluang masuk paper, di kolum istimewa itu.Siap kaler lagi beb.Kecik pun kecik la, janji puas, lagi-lagi bila member cakap," Oiyh, muka ang masuk paper aa..".Hnss..hnss..
2)Bebas Dari Kerja Rumah
Kalau anak dara, pastinya akan dipaksa membantu bonda , potong bawang, hiris kunyit, isi-isi kuih dalam balang , then gi depan , tukar alas kusyen, langsir ,lapik meja dan segala bagai. Kalau rumah ada 18 tingkap, maka ke 18-18 tingkap itulah perlu ditukar langsirnya.
Anak teruna pula, akan dikerah kacau dodol, jaga api lemang, kacau dodol, carikan barang yang pelik2 wat kuih raya , kacau dodol ,aahhh..penat gile kacau dodol ni.Tapi bila diperantauan, anda tak perlu lagi bersusah-payah. Sumernya sudah tersedia, dalam peket,gunting, rendam, buka api, siap!!.Takde sape yang nak komplen.
3)Bebas Dari Gangguan Budak2 Yang Datang Beraya
Betapa spoilnya petang raya anda, bilamana tengah syok2 layan Fasha Sandha, Pie,..Pie!?, tengah beraksi di layar tv, tetiba datang segerombolan budak2 yang entah mana asalnya, berdiri di pintu dan senada;
"Assalamualaikum, kami datang nak beraya..."
Nak halau,kata raya. Ye tak ye , bagi la minum sorang skit.Gelas share-share ye, tak cukop.Tak sampai 5 minit terus nk blah.Bagi la 5 kupang sorng. Belum sempat baring, datang lagi segerombolan.Adoi~.Dan ini berterusan sampai ke malam .Dah tu apsal ko tak kuar beraya gak?.Kawan sumer beraya kat kampung masing2. Raya ke-lapan baru boleh beraya ngan derang.See? di rantauan korang dapat beraya ngan member start 1st sampai ke 30 raya.
Tapi dengan orang yag samala.
Seronoklah korang ye.Hat duduk kat Mesia tu, boleh layan Madu 4
4)Boleh Ponteng Kuliah Tanpa Rasa Bersalah
Hari Raya , adalah satu-satunya alibi yang paling murni untuk anda tidak datang ke kelas, terutamanya kelas pagi.Tak perlu lagi buat muka-muka suci, atau muka-muka inesen minta penumbuk IpMan, cakap je nak semayang raya, semurang boleh faham betapa pentingnya anda untuk tidak hadir ke kelas.Itu pun kalau takde kuiz ke test ke hape ke. Otherwise , tabahkanlah hati dan jumpa ngan lecturer ,"Sorry Sir, I have to absent your class today because it's Eid, and everybody should celebrate it"-alasan yang tidak boleh belah.InsyaAllah ,Allah akan memudahkan urusan anda, ameen..
5)Tiada Risiko Terlanggar Lembu Melintas
Saja saya tulis lembu, sebab on the way nk gi raya umah Wanchu taun lepas, tk pasal-pasal ada lembu kuar tgh jalan.Sek baek brek saya makan.Kalau tak, mesti anda terkebil-kebil ketakutan nak baca entri ni skrang .
Actually, nak cakap tiada, cam muhong lah pulak.Cuma nak pointkan ,bila beraya di rantauan risiko kemalangan adalah sangat rendah.Tambahan pula ,dengan pendengaran sekali imbas buletin utama hari tu , statistik ops sikap yang lalu
(citation needed),menunjukkan kadar kematian meningkat sekali ganda selepas hari raya pertama, Means, umat manusia sangat eksaited ke sana dan ke mari , terlalu risau mee kari yang mak Man buat tu abes, maka keselamatan diri di jalan raya terabai begitu saja.
.Berbeza kalau anda di perantauan, paling koman
(=common?) pun naik basikal, kalau adapun yang menaiki kereta , pemanduan tetap akan sama seperti hari-hari biasa.Nak lagi biasa ,jalan kaki , ataupun menaiki tram,atau chikatetsu ,atau tube, atau metro ,atau subway.Jarak antara rumah ke rumah hanyalah sekangkang kera ,pendek sangat, dalam 32 kangkang kera saja. Maka tidak perlu terburu-buru, dan andai kata juadah habis sebelum sampai ,maka ungkit-ungkitlah saja dikemudian hari, ...iye dok?.
6)Boleh Pergi Fun-Fair
Premis-premis cmni masih lagi beroperasi macam biasa.Tiada cuti umum, apatah lagi cuti raya.Kena pulak raya jatuh hari Sabtu, petang tu pergi fun-fair bersama rakan-rakan taulan.Malam tu pulak layan bowling sampai ke pagi. Petang esoknya ice-skating. Ultimate event ialah pada malam minggu tu, main futsal 3-4 jam.Rumput baru tukarkan.Raya yang sangat bermakna , penuh dengan aktiviti yang tak akan pernah korang buat kalau korang beraya kat Tanah air.
Rumah hantu paling angker dalam dunia~~~
Beraya di sini pun ,menarik juga..
7)Briyani Kambing Special
Restoran Kashmir wat briyani kambing special, terangkat abes aah! - .. ok, ni mungkin kat sini je, sori-sori, ..
8)Nikmat Berbaju Raya
Kalau anda sedang menuntut di oversea, berapa kalikah anda pakai baju raya lengkap dalam tempoh masa setahun?. Malam Kebudayaan tu tak kira, sebab sebahagian je yang pakai.Sekali je kan.Masing-masing tanak kalah.Lagipun time-time rayalah anda nak melaram sakan, amboi-amboi, merelip sana merelip sini.Mengenakan gaya tudung pashmina atau shawl ala Siti Nurhaliza, kemudian menyematkan dengan kerongsang Korea.Nak lagi anggun, sepasang songket dibengkungkan melintangi badan , kemudian...haha,..takpe-takpe , paham-paham, bila lagi ye tok?.Pastu jalan naik keretapi, locals sumer mengusha dan membuatkan anda menjadi hot sekelip mata.Bukan takat best malah cukup berbangga bila mat salleh -mat salleh itu tak tak habis2 memuji keanggunan anda.Kalau lelaki, 'kachak' ..............oleh makcik-makcik.Berbaju Melayu sambil memakai muffler itu sangat cool dan hensem! serius..
9)Karok Lagu Raya Dengan Sepenuh Perasaan
Pasang lagu raya kuat-kuat , pastu nyanyi ramai -ramai di kala malam raya .Sudah tiada perasaan malu lagi di hati, dan masa itulah masing-masing terkenang nostalgia dan memori raya di kampung masing-masing.Kene lak turn lagu raya Sudirman kan, menghayati rangkap demi rangkap ,sampai ke bait ..
..
"
Hanya ku sampaikan doa...
dan kiriman tulus ikhlas..
..dari jauh ku pohonkan ampun maaf~''.
.
..
......
.masa ini nyanyi dengan penuh jiwa raga dan keinsafan. Me~~~mang best.
Allahyarham Sudirman Hj.Arshad
Walaupun sudah tiada
Dialah manusia yang tak pernah tak ada setiap kali raya,
For this 2010;Raya+Merdeka,He's man of the year
10) Online Dipagi Raya
Masih lagi boleh check mel, layan facebook jap, sambil-sambil tu usha-usha gamba salam perantauan dah up ke blum.Dan yang lebih penting ,boleh lagi layan blog ni , best kan blog ni?, best kan? best kan?..miehehehe..
...........
Sekadar 10 je lah bingkisan untuk tahun ni.Pada rakan-rakan yang beraya di tanah air , jangan kerek-kerek aa, duk sibuk ajak-ajak ayam, kerana kami di sini sikit pun tidak terkilan, kerana beraya di rantauan ,ada keseronokannya yang tersendiri.Silalah percaya.
Baiklah.
Dikesempatan ini, maklumlah di bulan baik di hari baik, dengan ini saya dah pun memaafkan segala salah silap dan khilaf serta pedajal yang pernah anda buat kat saya dulu.So , jangan susah-susah hati ,ok? Saya chill je..
Jika ditanyakan bagamana akhlak Rasullullah SAW,pantas Aisya RA menjawab ' Al-Quran ' ; Begitulah juga saya, akhlak saya adalah
blog ni.Mungkin banyak kesilapan tatabahasa, bahasa kesat, menusuk hati, mencengkam jiwa, serta ayat-ayat
lame yang membuatkan korang menyampah seribu bahasa.
Di sini,
Saya pohon maaf, inilah saya,macam biasa tak pernah sempurna.Tanpa anda wahai pembaca siapalah saya yang marhain ini .
Sekian_ciaou.
p/s: kalau ada harga untuk memaafkan diri ini, sebutkan saja harganya, akan ku bayar , walaupun dengan harga yang sangat mahal
p/s/s: kata ganti nama diri pertama; disesuaikan mengikut kondisi pembaca sasaran.
Read More