Monday, September 27, 2010

Sarapan 3 Minit

 Celah mana kat Malaysia korang nak carik roti canai 3 minit. Kedai mamak pun kalau order, mau - mau dalam 2 minit gak aa.Tau tau siap, tau tau siap( Sambil membayangkan gaya penebar bermisai lebat  menebar roti dengan penuh kemas, sedang peluh-peluh jantan menitis manis di dahi, memercik hening ke sini sana.Hei jangan dilupa pangkal lengan,ristrict area yang sudah berlendir kelat itu...ee yucks).
  Tapi aku prefer lagi  makan nasi lemak. Problemnya, nasi tk macam tu pulak.Selalunya  gi kaunter nasi lemak, lepas 4 minit beratur, baru leh order.Order je baru, belum bayar.Kak ,kasi sayaa....sambal udang tu la.Eh! tanak tanak tanak, ade resdung hehe, sotonglah..Jap! tu sotong semalam tu kan..Ayam jela..tapi rendang daging pun nampak macam sedap ..mmm..
Kakak itu pun merenung tajam..

"Encik nampak senduk ni?"

Nampakkan, masa muda habis begitu saja.Betul, sarapan itu penting, tapi kalau  sampai 47minit , itu agak kurang senonoh sebab sarapan yang terbaik patut lagi ringkas, mudah dan berkhasiat.
Hari senin ni,adalah hari yang paling malas nak bangun .Nak kuar pagi-pagi kene bajet cantek-cantek,. kelas  pukul 9  pukul 8:55 bangun.

kepala otak kau!


   Duduk sini lelama aku diajar macam mana nak hargai masa.Penanda masa sini sangat aneh ,kalau situ tulis 8:37 pagi bas sampai , maka 8:36:23 pagi waktu yang paling ideal untuk beratur.8:34 kuar rumah, 8:30 siap butang baju, 8:29 dah sarung boxer sponge bob baru sidai semalam.Mandi abes mesti sebelum 8: 24, sebab bangun dari katil tepat 8:00. Mandi pagi kena lelama beb, sebab malam minggu dah enjoy macam-macam,jangan tanya mandi apa.Itu rahsia laki sahaja yang tahu.Arakianlah ceritanya suasana pagi sebagai seorang robot di sini.
 Jadi,sape cakap orang Jepun ni selalu awal 20minit? 10 minit? 5minit? .Yang selalu datang awal ni biasanya orang Melayu yang berdedikasi macam aku je, tunggu dok tunggu, tade sape dtg. Call member, rupenya class cuti, cess~...Pada aku ,derang tak pernah dididik untuk awal, tapi diwajibkan untuk tepat.

  Untuk sarapan hari ini, hanya simpel-simpel aja.Selaras dengan piawaian orang-orang bujang seluruh dunia.Tapi hari ni aku nak wat lagi simpel, pantas dan tuntas, yang paling penting sedap .



Yang ni nasi instant 3 minit .
Beli kat kedai depan umah semalam.
Kalau nak makan, ubuh air hangat,
 takpun pakai ketuhar gelombang mikro.





Untuk hari ini  kita pakai ketuhar gelombang mikro yang canggih. 





Set kan 3 minit
.
.
.
.

.
TiNG!!
.
.
.

Dah siap, kene buka pelan-pelan, Ambik feel kata orang tua-tua..






.
.
.....
........
...............





TADAAA...~~~





Ok, Bismillahirrohmannirrohim.....




Pagi-pagi makan petai,
jumpa lagi, babai









p/s:telur ,sambal,ikan bilis dan timun hanya cadangan hiasan semata

16 comments:

ckynwan said...

perghhhh..kalao bukak2 terus ade set nasik lemak mmg aku sanggup pergi sana lah =P

hahahahaha

yong farehah said...

srius.... tros jadi nasik lemak!! :-O

nur 'afifah :) said...

woow..~~
segera betoll.. :)
nice..heh.. :P

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

eh, lauk2 tu smeua tambah sendiri kan?

kan?

kan?

ザ-sylver- S said...

ihik hik...

maple said...

fuhh,terangkat btul tgk nasi lemak tu. hidup kat perantauan, makan je ape yg boleh dimakan (asal halal k)

xpe,time blk malaysia, melantak abes la --> ala2 dendam kesumat gitu..hahaha

p/s: en.sheri,kawtim je dgn maple klu blk sini =D

jejaka C said...

dh macam post 'mari memasak kari bersama abg #$%&' jek

hudda said...

tergoda aku tgk nasi ala lemak tue...

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

mamak pun kekadang sengal...kena jeret berkali kali

dayah said...

mcm makann dlm kapal tebang jea. haha, nasi lemak pon jadikla tu :)

Unamn said...

waaaaaaaa.......... mesti sedap nasi lemak tu.. susahnye kan nak cari makanan? selain nasi lemak.. kamu makan ape je eah?

Najed said...

paling mengancam telur yg cair-cair tu...walawei

man yusoef said...

wah..telur tu nampak sangat mengujakan..haha..anyway dah follow blog, salam perkenalan

ahmed said...

http://ahmed19967.blogolize.com/--21210915/

yanmaneee said...

birkin bag
jordan shoes
kanye west yeezy
jordan shoes
yeezy boost 350
lebron 17 shoes
nike air max
yeezy shoes
air jordans
nike shoes

thatey said...

replica bags wholesale india replica bags wholesale in divisoria replica bags lv

Related Posts with Thumbnails