Saturday, August 28, 2010

Cara Membuat Dosa Dengan Lebih Berhemah

    So, macam biasa, salah satu cara berhemah untuk kita melakukan dosa adalah dengan mempromosikan dosa orang dengan niat, yang lain tak terjebak dengan dosa yang sama.Contoh terbaik, ialah meng-stalk gambar-gambar anak dara orang yang tak pakai tudung,yang berkemban pun ada, yang pakai tudung tapi tak penuh nampak dada, kemudian cutting belakang yang meliang-lentok ,shape yang berlekuk-lekuk macm buah pear,kulit putih lepuh, pastu......(see? takyah buh gambar pun dah boleh bayang, imiginasi laki memang hebat, sampaikan tengok pompuan sekilas lalu pun, boleh tembus kain .).


Samalah juga kesnya, kalau tak suka kat mamat yang belum cukup umur ni, habis-habisan orang nak hentam dia, siap wat group ,"KAMI ANTI-si POLAN YANG SUKA UPDATE STATUS SETIAP 15MINIT". Dekat situ ,dah boleh agak, akan penuhlah kata-kata kesat ,yang lagi dan lagi tidak berfaedah-khusus kat si pelaku.Kata pedoman mungkin ada ,yelah   kot-kotla dia nak usha, mana tau ada terselit kata-kata nasihat dari abang2 dan kakak yang budiwan-TAKDE MAKNENYE.Kalau akulah, aku quit trus facebook, layan friendster jer sudah.Kesian kat moderator group ni, kering-kering je dosa masuk buku.Niat betul cuma teknik salah.


Membandingkan dosa dengan dosa .

Jika terdapat dua perlakuan dosa, biasanya pelaku akan mendakwa bahawa dosa yang dilakukan taklah sebesar mana, berbanding dengan dosa orang lain yang kununnya  hipokrit, dengan dosa yang disangkakan lebih besar dari dia punya.Itu lagi bahaya;kata mereka.
Biasanya ,ini terjadi pada muslimah-muslimah yang enggan bertudung , dan padabila ditegur, mereka cenderung akan kata:" alaa..orang bertudung  bukan baik sangat pun, kat paper , ada je ustazah yang berzina , siap dalam surau lagi".Lantas, dengan itu mereka mendakwa 1001 kebaikan dan amal mereka, seolah-olah dosa mereka yang tak pakai tudung tertutup.
Ini tak lebih dari sekadar bersifat defensive, iaitu tanpa usaha sebenar untuk bertaubat sebaliknya yang ada hanyalah usaha-usaha “simtomatik” untuk menyedapkan hatinya. Sedar atau tidak, dosa ini amat berbahaya, kerana ia membuatkan para pelakunya berasa seolah-olah dalam “comfort zone”, “tidak apa”, justeru berlarutanlah ia dalam kemaksiatan dan dosa tersebut tanpa adanya usaha untuk bertaubat.


"hello, don't judge a book by it's cover okay, tak pakai tudung pun kami still tak tinggal solat, baca Quran tiap malam,puasa dan dsb.."-rungutan biasa seorang muslimah .


Betul, aku mengaku, pompuan bertudung ni pun kadang-kadang boleh tahan gak sengalnya, yang masuk air pun ramai juga, tapi bilamana sek-sek free hair ni cakap, tak bertudung tak semestinya tak boleh masuk syurga, pastu pointkan ke kisah 'Pelacur  dengan anjing yang kehausan di padang pasir' ...-yang ini aku tak leh terima.
Sebabnya;
1-Syurga neraka bukan urusan kita,ia tetap urusan Allah, dan Allah sajalah yang Maha Mengetahui
2-Tiada siapa yang masuk syurga  berdasar amalan semata.Semuanya atas belas ehsan dan rahmat Allah.
3-Alhamdullilah , rasanya anjing2 kat Malaysia cukup makan minum kot, kalau nak masuk syurga dengan cara ni, okkay..selamat maju jaya~


Dari Jabir r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Bukan amal seseorang yang memasukkannya ke syurga atau melepaskannya dari neraka, termasuk juga aku, tetapi ialah semata-mata rahmat Allah S.W.T belaka.”
(Riwayat Muslim) 





Tambah parah bila muslimah itu menjadi sanjungan dan perhatian ramai terutamanya orang laki.Maka jarang ada mana lelaki  berani menegur muslimah yang free hair supaya bertudung.Lebih-lebih lagi yang cun-melecun macam Lisa Surihani.Ade ke yang sampai hati nak tulis kat wall dia camni;

" Lisa kan orang Islam, kenapa tanak pakai tudung?"

atau, versi berlapik skit

"ee, sukalah Lisa dalam citer Tudung Ekspress, hope kat luar pun imej bertudung kekal sampai bila2.."

hehehe..mungkin ada, tapi berapa keratla sangat.Dua tiga kali scroll baru nampak satu.

Tapi yang tak boleh blah, yang menegur pun 2x5 gak. Pakai short siap dengan rokok kat tangan kiri ,belah kanan berkepit awek mana ntah.Prasangka baik ,tu mungkin gambar picnic ngan adik dia kot.
Agak 'berhemah' di situ kerana sepatutnya teguran kena bersifat peribadi dan  tertutup.




Abdullah bin Umar RA mengatakan, Rasulullah SAW bersabda: 
"Orang muslim adalah saudara bagi saudaranya yang lain, tidak berbuat zalim kepadanya dan tidak menghinakannya. Barang siapa peduli pada keperluan saudaranya, maka Allah akan memenuhi keperluannya. Barang siapa menghilangkan kesusahan seorang muslim, maka Allah akan menghilangkan kesusahannya pada hari kiamat kelak. Dan barang siapa menutup aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya pada hari kiamat kelak
( Hadits Riwayat Mutafakkun 'Alaih)








Macammanapun aku tetap respek ngan orang macam ini, yelah at least dia ada effort untuk merubah orang meskipun diri  tak berapa nak betul.Apalah sangat nak jika dibandingkan dengan aku, nak sound anak buah jangan makan pakai tangan kiri pun teragak-agak, inikan pula muslimah yang melata di jalanan.
Cumanya, persoalan timbul,bila ditanya ,perlu ke menjadi baik sebelum nak menegur orang menjadi baik?


Tanpa ragu aku jawab : Ya, memang perlu.
 Meh kita wat analogi skit,


. Pada satu hari kita demam cengkering,cirit-birit, dan si ibu bawakan Paracetamol 307B , lapan biji sekali telan. Dah tentu kita akan cakap ,"mak nak bunuh saya ke ape ni?".Walhal beliau  seorang ibu,orang yang kita percaya , sayang. Tapi kita tetap enggan telan 8 biji Paracetamol 307B tadi.Tetapi bila kita gi klinik 1Malaysia, doktor suruh kita telan 8 biji Paracetamol 307B sekaligus ,  nak tak nak, kita telan jugak.Sebab apa, sebab dia doktor, orang yang alim dan serba tahu serta diyakini betul dari segi akidah kedoktorannya berbanding ibu kita, walaupun ubatnya sama, kuantiti yang serupa.


Nampak?
Kita mahukan orang telan cure dari kita, sedangkan orang tahu kita bukannya di tempat yang baik untuk memberi,sebab orang biasanya lebih melihat siapa yang beri, bukan apa yang diberi, walaupun cure itu betul.
Jadinya, jangan emo, bila orang tak dengar nasihat kita itu ini,Hey! Bapa Saudara Rasullullah , yang sayang dan respek baginda pun tak dengar nasihat baginda di hujung hayatnya, apatah lagi kita insan marhain , yang lagi dan lagi banyak kurang.
Apa-apa pun
Jangan putus memberi nasihat.Nak tunggu seorang Ustaz datang tiba-tiba kemudian sound tak tentu pasal agak mustahil, sebab mereka ada pendekatan sendiri - memberi hanya bila ada yang datang memerlukan.Mungkin sekarang kita yang pakai short sound orang tak pakai tudung.Suatu hari nanti bila kita dah balik haji, dan simpan janggut, lebai tak tanggal,..bilamana muslimah tadi nampak kita sedemikian, mana tau, dia pun sejuk hati nak berubah jugak.InsyaAllah.


Eh, apasal banyak citer tentang tudung dan muslimah lak ni,..hehehe..
Sebenarnya aku sangat suka Mia bila dia pakai tudung, perghh...comelnya......








"Mia tak pernah nampak mama sembahyang pun.."(Epilog Syurga Cinta.Ep11)






Haish...





Kemana la aku merewang ni....
Ok,berbalik kepada topik asal,adapun  berjuta cara membuat 'dosa secara berhemah', perlu kita mengakui bahawa , realiti di atas merupakan perangkap syaitan yang mempermainkan akal dan fikiran kita, agar kita menjustifikasikan dosa-dosa yang dilakukan sebagai “tidak apa” dan untuk berlepas diri dari dosa tersebut. 


Namun ingatlah, dosa-dosa itu tetap merupakan dosa, dan HANYA TAUBAT SEBENAR-BENAR PENGHAPUS DOSA. Walau sepandai manapun kita beralasan, namun ALLAH Maha Bijaksana, dan hanya oleh Allah lah dosa kita akan dihitung.


1st thing 1st
  Yang paling penting ,mendirikan pelindung supaya kita tetap berada di luar angkupan dosa, dan cara yang terbaik ialah mengakui dosa-dosa yang telah dilakukan walaupun ia remeh.
 Di dalam bidang psikologi, langkah pertama menyelesaikan masalah adalah mengakui kewujudan masalah tersebut. Individu yang gagal menerima hakikat dan enggan mengakui kewujudan masalah, merupakan individu yang digelar “delusional”.
  Justeru itulah, individu yang gagal menerima hakikat dosa yang dilakukan, masih beralasan dan cuba membela diri sendiri, dan enggan mengakui bahawa perbuatan yang dilakukan itu adalah satu dosa, merupakan individu yang delusional terhadap agama masing-masing. Apabila ini gagal, maka adalah mustahil individu tersebut untuk memulakan langkah taubat.


Aku sedar aku bukanlah di tempat terbaik untuk nak bagi entri yang macam ini, mungkin banyak lagi kesalahan yang tak nampak sebelum/semasa tulis , dan bimbang kesalahan itu menjadi dosa, ampun aku dan tegurilah aku.Aku sedia dikritik.


Wallahualam_ciaou.


















p/s: Rushdee Zulkifli,amanlah kamu di sana,Al-fatihah~(16 Ramadan 1431H) 


15 comments:

Unknown said...

haha..melayu sngt..berkias2...

alahai mia...comelnye..geram aku

kay-N said...

perlu ke kite menjadi baik untuk tegur orang??

hmmm..pernah dgr jawapan itu.. =)

Balqish said...

bila baca ni ambil mesej.
cuma sekarang ramai yg kadang2 cakap lain buat lain.

thanks 4 this.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

aku ada seorang kawan. dia tak pakai tudung. tapi dia pakai tudung style2 Dato' Siti bila dia perlu pergi majlis yg bercorak keagamaan atau mengajar di sekolah.

dia kelihatan nak berubah, cuma mungkin menunggu masa yang sesuai. Hidayah itu daripada Allah kan?

tapi hari tu, ada someone sound tepek kat dia, depan aku.

"Kalau tak pakai tudung, masuk neraka tau? Nanti kepala kena ikat tergantung kaki ke bawah la..."

Something like that.
Aku kesian dengan akak tu. Bukan apa, cara dia ditegur, agak kurang berhikmah.

Dan aku percaya, kalau kita menegur orang dengan berhemah dan berhikmah, orang akan buka mata, buka minda pada apa yg kita mahu sampaikan.

hamzah ian said...

aku tak paham lg ni.. kene bace balik..

Anonymous said...

sangat faham dan stuju dgn zara.

✿ismi:Nauratul Nadiah✿ said...

Ditegur ni sebenarnya best..sebab kalau org tu xsyg or concern psal kite,buat ape dy sibuk2 nk tgur kan in the 1st place?
kalau kite gune konsep ni,msti xtimbul persoalan,Sape kau nak tgur2 aku ni?kau alim sgt ke nak tgur2 aku?kannn...
cume cara tguran tu lah kena btul..dan bukan cm dpn2 org..
coz mengaibkan org tu kan berdose..
btul gak point dlm post ni,kadang2 kite nk buat pahala n halang kemungkaran,tp indirectly,last2 kite plak akan dpt dose..sbb tu lah,niat xmenghalakan cara:)

masmuni said...

kalau ada "Like" button, dah lama tekan "Like"

anyway, this is good. kita tak perlu untuk jadi perfect utk menegur, dan kita perlu pandai menegur dengan cara yang baik :)

jejaka C said...

byk brubah dh ni abg nixam sjak2 aku dh blk...segan dh la nk sembang2 dgn abg nixam lpas ni..haha..weyh..p usya tiket p UK..aku tau ko hima...cr airline mane murah..

maple said...

alhamdulillah,molek lah kirenye kita saling menasihati.muhasabah diri mane yg kurang.

Nur Areefah said...

buang ego dalam diri kita ni, so sapa-sapa tegur pon boleh menyerap kat dalam sanubari lah.

kita ni lebih agungkan ego, dan nafsu, tu kuat tercabar ble orang tegur uh~

btw nice entryyyy!!!!

ザ-sylver- S said...

Sbenarnya, dah lama nk tulis pasal isu ni, seru tk sampai lagi. Tapi bila terjadi depan mata sendri , baru ada kekuatan nk coretkan apa yng terbuku di hati.Maaf kalau ada sesiapa terasa, aku cuma insan yang tak selesa hidup sbgai hipokrit.

Edy,kN,BalqisShafiqa,Zara,Fida,NauratulNadiah,Mas,jejakaC,maple,NurAreefah,dan sumer yang sudi baca dan menilai, terima kasih..










.
..







..
ian hamzah , ko dah paham ke blum?

Anonymous said...

There are numerous expenses that can't be neglected when you are running short of cash. Then you will have to wait until the cash advance loan company verifies all the information that you faxed to them. Know your alternatives before considering payday loans.

my site :: Payday Loans UK

Anonymous said...

There are numerous expenses that can't be neglected when you are running short of cash. In order to apply for these loans you can make use of online application procedure. According to reports, loan amounts usually range from $100-$500.

Check out my web-site; UK Payday Loans

Anonymous said...

You also should make sure that the lender has the best loan
terms and conditions, and you may also want to ask the lender to
be forthright about any unmentioned fees. DTI is an important
factor in how a person can run their finances. An FHA underwriter will take
a second look at the information.

My site; Payday Loans

Related Posts with Thumbnails