Tuesday, August 24, 2010

Lagukanlah Lirik Ini

p/s: pohon agar dapat alunkan dulu lagu latar sebelum layan lirik lagu.












One More Time , One More Chance
Lagu:Masayoshi Yamazaki
Lirik:Nice2KnowU




Kenapa mahu bercinta, jika tahu hati kan terluka
Kenapa mahu hati diluka, jika jumpa pun masih belum


One more time,dambaan hati  pilu
One more time,pulangkan waktu dulu


Hadirmu bagaikan satu mimpi
Yang indah, tak pernah kumiliki
Belaian suci tidak ku tahu
Naifnya diri  biarkan kau berlalu


One more chance, setiaku di sini
One more chance, moga ketemu satu hari nanti


Sampai bila pun akan aku cari
Walau  ke mana pun  kau berlari
Dari balik awan, hingga ke pangkal jalan .
Sungguh kutahu kau tiada di situ lagi.

Kalaulah doaku jadi nyata,
Terus ku terbang ke lamanmu,
Walau sesaat cuma,
Walau sekelip mata,
Rasakan betapa hangatnya,
Kasih yang terbuku 



Malam ni ku bertemankan sunyi
Langit kelam memandang sepi
Sumbang sudah bintang menari.
Rembulan pun enggan menyanyi




One more time,dambaan hati ini pilu
  
One more time,pulangkan waktu dulu
 




Sampai bila pun tetap ku cari
Walau ke mana pun kau pergi
Hingga ke hujung bumi, hingga ke hujung mimpi,
Sungguh kutahu kau sudah tiada di situ lagi 

Jika benar keajaiban itu ada, 
Kan ku jelma di sisimu
Dan ditiap pagi
Dan tanpa rasa ragu
Lafaz makna cinta itu
Ikhlas ku hanya padamu



Oh Tuhan, hanya satu pintaku
Semarakkan rasa rindu




Sampai bila pun akan aku tunggu
Di taman kegemaranmu itu
Hingga ke pinggir senja, hingga ke pinggir nyawa,
Sungguh kutahu kau tak akan kunjung tiba

Kalaulah doaku jadi nyata,
 
 
Terus ku terbang ke lamanmu
 

Walau sesaat cuma,
 

Walau sekelip mata,
 

Rasakan betapa hangatnya,
Kasihku yang terbuku 


Sampai bila pun akan aku cari
Di mana jua jejak-jejakmu,
Dari hujung pantai, hingga ke hulu sungai.
Sungguh kutahu ia sudah tidak di situ lagi.

Jika benar keajaiban itu ada, 
 

Kan ku jelma di sisimu
 

Dan ditiap pagi
 

Dan tanpa rasa ragu
Lafaz makna cinta itu
Ikhlas ku hanya padamu


Sampai bila pun akan aku rindu
Hilai tawa senyuman indahmu
Leret ke tepi pipi, hingga ternampak gigi,
Sungguh takdirNya hayat aku sampai di sini

Andainya jodoh kita masih ada
Izinkan kau aku miliki
Tiada lagi intan
tiada lagi permata
Hanya janji bahagia
Ku bawa hingga ke pintu syurga





******************************




Memandangkan penulis tiada nombot henpun Jamal Abdillah , maka lagu ini terpaksalah bagi kat sorang mamat Jepun ni nyanyi..
Tapi dia tak reti cakap melayu la pulak.Takpelah, jepun pun jepun lah..
Hehehe..
Ni dia versi asal lagu One More Time, One More Chance...njoice~





10 comments:

ザ-sylver- S said...

Lazimnya kita lupa untuk menghargai sesuatu yang hebat, sehinggalah kita kehilangannya baru kita sedar yang kita pernah memilikinya suatu ketika dulu.
Ini kisah seorang lelaki yang tak pernah lelah mencari cinta yang pernah dia kecapi dahulu.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

kenapa kamu tak nyanyi sendiri?

=)

Thanks!

jejaka C said...

ni bape lame nye luahan perasaan ko smpan ni??dh xtahan sgt la 2..hahha

ザ-sylver- S said...

@Zara: walaupun sore macm AkimAF7, tpi utnk lagu ni, lg prefer pakai sore jamal abdillah atau Saleem , tkpun Faizal Tahir laa..bru jantan skit..huhu

@jejakaC:heh,.. azmi pun kalah camni..

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

aku suka Faizal Tahir!
huwaa!
He's cool, hot and rock!
Yeay!

*see, aku kemaruk, tolong jangan cakap pasal dia. dan rambut dia selalu lawa*

kih3~

al frodo al kacaki said...

Lazimnya kita lupa untuk menghargai sesuatu yang hebat, sehinggalah kita kehilangannya baru kita sedar yang kita pernah memilikinya suatu ketika dulu.
Ini kisah seorang lelaki yang tak pernah lelah mencari cinta yang pernah dia kecapi dahulu.



perghhhhhhh
itu dia!!!
hahahahhaha


>>___<<

hamzah ian said...

hahaha.. gua benci bile shopping ngan awek.. penat kaki.. last2 yang baise2 je beli.. citt... ahahahhaha

maple said...

(T_T)...malam2 mcm gini dgr sayu je rase~~

maen secara akustik,i loike...

ザ-sylver- S said...

@frodoBaggin: jgnla cmtu, kecik ati..

@hamzahIan:sila section ni, hahaha

@maple: beser2 je, baru nk blaja2..

3F@unsp0ken said...

projek amacam? on lagi ke? hujung bulan ni teman balek uk! huhu

Related Posts with Thumbnails