Demi menghormati hati dan perasaan rakan-rakan
juga sensei-sensei di sini,post mengenai trip ni ditangguhkan. Sangatlah ackward
bila orang tumpang sedih , beri kata-kata peransang, dan khabar, sedangkan kamu
leka berfoya-foya di dunia lain.Sangat janggal ,lagi-lagi bilamana ada seorang hamba
Allah ni sanggup telefon dari jauh di tanah air, bertanyakan khabar masa earh
quake.Thanks, nanti aku belikan kamu kain pelikat cap kaki gajah.By the time
aku post malam ni, masih ada lagi mangsa tsunami yang tinggal kat dewan orang ramai di Miyagi sana.
Anyway, pengalaman tengok sebuah lagi negeri
penjajah masih ada nilai untuk dinukil di sini, meski hidup sebagai perantau
dengan pelancong itu macam langit dengan teras dalam bumi.
Cinta Antara Benua
Dulu
kat tibi, sekarang depan mata .Asam garam kehidupan student macam lakonan
heroin drama Opah Ahmad Idham dan ,Along Kamaruddin,kelas tak datang pun takpe
, lewat sikit pun ape hal? tidak banyak berbeza , sungguhpun 15 tahun sudah berlalu.
Lepak-lepak , rilek-rilek, takda nak rushing-rushing nak terkejar-kejar dateline assignment ke
report ke.Jadual pun banyak lubang-lubang. Tiap malam ada je member datang
rumah layan guitar-hero,kadang-kadang berzapin bersama.best-best .Mengapalah
aku tak belajar pandai-pandai dulu?
Sheffield Day-1
Sikit punyalah ramai melayu kat sini, jalan-jalan selisih hanya pandang-pandang
slek je .Dekat Nagoya pula, jumpa melayu sikit punya teruja,dah macam jumpa
sultan, cuma tak cium tangan.Sheffield bulan tiga macam bulan 12 dia punya
sejuk. Sekali angin tiup, fuhh, macam nak tercabut tulang dari daging..Kereta
sini macam baru lepas pakai rally. Tak tahu pula sama ada locals ni memang
pemalas nak basuh , ataupun car-wash dia jauh ke mahal ke hape ke, tapi
difahamkan , mereka lagi gemar berhutang untuk beli kereta. Ini satu lagi
perangai English aneh yang aku tau la, kereta sudah semurah 6 ribu pound pun
masih lagi nak berhutang.Belum sempat langsai, dah angkat yang baru, sudahnya
baki-baki itu nanti sapa nak bayar? Itu belum campur interest dia lagi.Sapa nak jawab.
Owh ya satu lagi.Rata rata kedai jarang nak
terima note 20pound, alasannya besar sangat, takdak duit kecik nak tukar katanya.Mereka
sanggup barang tak terjual asalkan tak terima duit 20 pound,..bangang kan?.Mujur
brader-brader teksi sini tak terbawa-bwa dengan perangai itu. Kalau tak , bukak
pintu memang aku melompat bodoh je la.
Melintas jalan style Malaysia,
rilek. Jalan 3 lane, ada zebra-cross pun redah, tak ada hal.
Rumah-rumah pun biasa-biasa. Janggal
nak buh kasut kat mana , sebab takdak pembeza lantai luar ngan dalam.
Certain-certain tu karpet terus, So, terpaksalah batak-batak pakai kasut dalam
rumah sampai masuk bilik. Kata English style, masuk kandang kambing takkanlah
mahu mengaum pula..Ada juga tempat unggun api. Teringin plak rasanya ak suh
derang pasang, barulah feel English sedikit.Tapi heater batang-batang besi itu
lebih menarik, boleh sidai stoking dengan gloves kalau basah.Sepender pun
boleh.
Hari pertama, rilek saja, saja melayan bebudak
ini main uno-card. Nice to know we enjoy the same game.
Sheffield Day-2
Bandar dia just nice ,kalau kau
berjalan kaki. Trafik dia tak banyak keter yang rushing,motor pun payah nak
jumpa, dan yang lebih penting pemandu pun tak macam orang baru lepas putus
cinta pertama bawak kereta.Jadi macam aku kata tadi , nak melintas-lintas pun
tak sape nak hon hon mahupun mengangkat jari tengah.
Makan takde masalah, yang masalahnya bila takdak cash nak gi beli makan , tukar kat pengurup wang, dia amik
rate murah gilaa.Menyesal. Jadi aku nasihatkan tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
tukarlah duit sebanyak manaa yang buleh, ini kerana sepanjang keberadaan kalian
di sini peluang nak jumpa pengurup wang yang betul memuaskan hati (at least) adalah
sangat rendah.
Sampai sini dulu, nanti sambung..
mamma mia
Parking kereta je pun
Top floor dari sini boleh nampak Old Traford, agaknya.
Wednesday rivalry- The Blades













3 comments:
pergi waktu bln 3 hari tu ke??
Time ni la hantar sms tak balas.
Tweet tak berjawab.
T___T
@kyo_9: yup
@zara: haha
Post a Comment