Saturday, October 22, 2011

Kerja untuk ikhlas?



 Taro baru balik dari kerja part-timenya. Balik nanti nak kena review paper, study journal, pastu kene point-up apa nak present minggu depan. Gigih betul.. Dia sekarang sedang sambung master, dan tahun hadapan bakal habis. Pun begitu, masih lagi belum dapat kerja yang di idam kan sejak kecil. Jurutera kat RnD Toyota.Dia mendengus.

Katakanlah rate 1yen = 1 sen, dan 100 yen macam 1ringgit.
   Kecuali doktor ,gaji starting bagi jurutera, arkitek, lawyer, guru sekolah, guru tadika, nurse, kerani pejabat, hatta operator yang tukang jawab telefon minta bayar bil karan itu sekali pun , semuanya adalah sama, +-RM2000 sebulan.Tiada diskriminasi manusia berdasar kerja. Hatta kalau dia tukang paip sekalipun,ade degree, gaji basic tetap RM2000.Jadinya,kita bebas dari pandangan skeptikal yang kata arkitek mesti budak pandai, kaya. Tiada. Sebabnya yang menbuatkan seorang itu berstatus di sini adalah Company mana ko tempat kerja-> bukan profesyen yang ko ceburi.

   Dalam company besar,peluang nak belajar ituini banyak, elaun pun, bonus pun kadang 3 kali setahun, hospitality, pinjaman rumah, kereta, kalau ko takde lesen keter, company siap bayarkan yuran kelas ngan amik lesen keter lagik.Senang citer, Dunia kau sudah di devotekan kat company, nama company dah jadi  nama kaum baru untuk kau.Kalau company ko  Toshiba, kau akan dipanggil Orang Toshiba, walaupun nama kau Fakhrul Bahri.

  Sebab itulah orang Jepun sangat cerewet masa nak pilih kerja. Syarat utama ialah  apa yang boleh diorang dapat dari apa yang diorang akan kasi kat company.

   Dalam kes Taro misalnya, dia belajar minat tentang auto-stop, eletric fussion yang digunakan sebagai method untuk menjimat minyak kereta dengan cara mati kan enjin, atau yang kita panggil Idling Stop. Toyota bukannya takde mende tuh, bahkan derang dah lama install kat model kereta ringan Netz, etc. Cumanya , Toyota lebih tumpu kat RnD produk hybrid dia, nak jaga status sebagai pengeluar unggul kereta dwi-tenaga ini, nak lawan Honda.

      Hari itu wakil Mazda datang. Tengok presentation Taro , tentang paper dia. Banyak follow-up lepas itu, dan kontek-mengontek dia ,sensei dia dan Mazda. Kalau nak ikutkan, apply kat Mazda, takyah gi interview pun dah lepas. Tapi dia enggan.. Target dia dia Toyota, takpun Honda .

    Bila bukak-bukak citer rupanya atuk dia dulu kerja kat kilang Toyata, bapak dia pun kerani kat Toyota. Mungkin nak terus kesinambungan 3 generasi agaknya.Ahh, persetankanlah salasilah keluarga kau, Kau bukannya Maharaja Meiji yang perlukan anak lelaki sebagai penyambung  takhta.
Dia tetap enggan.

Dia nekad nak sambung phD, dengan harapan akan jadi Consultant Engineer dalam RnD Toyota.

"Gua mau pasang itu Idling-stop masuk dalam Prius brader"
  Kalau jadi, kita cuma perlu isi satu tin susu petrol untuk satu perjalanan pergi balik dari Sungai Buluh gi Nilai. Awesome !!


Dengan situasi di atas , dapatlah kita tahu yang Taro kalau kerja suatu hari nanti ikhlas ke tidak.

  Pantas buatkan aku terfikir, kalau kita implement gaji RM2000 untuk semua profession kat Malaysia, agak-agak boleh tak kita lahirkan modal insan yang lebih berdaya maju dan dinamik, at least?





2 comments:

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Untungnya bergantung kepada company. Tetapi itu sektor begitu kan?

Gaji goverment, tetap akan bergerak perlahan, tetapi Alhamdulillah. Masih boleh bayar duit pinjaman, kereta, pendidikan, bagi mak abah, dah cukup baik dah.

:)

Dan ya, kalau selaras 2000, mungkin Malaysia akan terkejut sekejap (bergantung kepada situasi). Sebab orang Malaysia masih lagi pandang gaji mesti setaraf dengan taraf pendidikan.

Sigh~

نور الهدى said...


شركات نقل عفش بالرياض

ارخص شركة نقل عفش بالاحساء


شركة نقل عفش من الرياض الى دبي

- شركات الشحن من السعودية الى قطر

ارخص شركة شحن من الرياض الى الكويت

شركة نقل عفش من الرياض الى الاردن

Related Posts with Thumbnails