#Menulis ala-ala sokernet
Nagoya team, 8 tahun lalu bukanlah team
yang power, bukan pula aku mahu sembang yang sekarang depa pun power. Seperti
kejohanan sebelum-sebelumnya , team Nagoya selalu diundi oleh tuan rumah Gifu,
satu group dengan kumpulan maut. Andai 5 team setiap group, 4 team power dan
Nagoya selalunya dijadikan kambing hitam. Tuan rumah pulak di’undi’ masuk ke
group sebelah sana yang terdiri dari
team-team sayur.
Bagaimana segala-galanya itu hanya sementara
bila sekumpulan itu pelajar tiba…
Batch 2006
Senario bola sepak melayu berubah , bila
tibanya 13 pelajar baru , dan hanya seorang
je yang kaki bangku.lalala . Rata-rata merupakan wakil daerah, wakil
sekolah, wakil kelas, dorm mahupun keluarga.Bermain dalam lingkungan umur
sendiri bukanlah halangan yang besar,berkat main ramai dekat 20 ramai kat court
futsal kolej 12.
Pun begitu,
tahun pertama masih terlalu awal untuk bergemilap. Team yang sedia ada masih
mahu lagi bermain. Seniority is priority.Kebanyakkan posisi masih lagi diisi
oleh abang-abang yang kadang-kadang terkonfius terpanggil uncle, dan
kebanyakkan masuk tournament sekadar untuk main-main ,yang untuk makan angin pun
ada juga ,selain mencari lubang buat
bisnes baru . serta mencari jodoh masa tambahan. Akhirnya team Nagoya tidak
ke mana-mana, tetap di takuk lama , di laut.
Tahun yang kedua
masih lagi tak menampakkan sebarang hasil memberansangkan. Sentuhan mukjizat
kapten team batch masih lagi mandul. Satu-satu pencapaian terbaik apabila
heampir-hampir ke separuh akhir ,bila seri satu, menang satu pada edisi
2007.Pun begitu,hanya menang lawan team Shizuoka itu bukanlah pencapaian boleh dibanggakan,
kebetulan ada dua kambing hitam dalam group yang sama.
28/6/2008
Tarikh ini harus
ingat..
Ini kerana usaha berlatih di padang jarang
padang terkukur akhirnya membuahkan hasil. Setelah 12 jam perjalanan , dengan 4-5kali
berhenti-makan-rokok-solat berjemaah sekali-sekala (Alhamdullilah), Nagoya
akhirnya menang emas kat Nagoaka. Kejayaan ini lebih signifikan, bilamana
Nagoya menewaskan team-team heavy-weight dari seluruh Jepun, diperingkat
kumpulan, semi-final, sebelum menumpaskan Gunma di final , dengan oo-som .Memandang
sudah lewat petang , tiada match dapat diadakan.Mujurlah Gunma setuju nak
osom-osom ni, kalau penalty, memang mustahil sebab semua dah pancit mengalahkan
orang asma.
Biarlah orang kata emas nasib, itu bukan
isunya. Pokok di sini, untuk ke final Nagoya menapau Kosen, Kanazawa, kemudian
kalah Nagaoka dan sebelum menang ke atas Toyohashi. Perasaan masa itu macam
Malaysia selamber tapau Vietnam, Thailand, kalah kejap dengan Indonesia,
kemudian menang atas Singapore sebelum final lawan Timor Leste, hahaa, sorilah
Gunma.
Cerita epic tak
berhenti di situ.
Apalah makna
juara, kalau hanya ada gambar pingat pada profil friendster, YM. Bukan semua
team berpeluang masuk kejohanan di Nagaoka hari itu. Heavy weight2 di selatan
Jepun sana masih tidur, dan sekiranya tidak bersiap-siaga, Juara hanya pada nama, hanya menang sorak kampong tergadai,
walaupun Nagoya bandar.
Buat permulaan , tiada lagi panggilan ‘main
bola’ , tapi dah kena tukar, dipanggil
training, dengan vest, skeeter dan goal kecik semua siap!, disamping ada kutipan untuk 2 botol aquarius(isotonik) setiap
kali main, eh, training.Ini bukan poyo, inilah Sifat Sebenar Mereka Yang
Sentiasa Mahu Dipanggil Juara. Ok , poyo.
Semenjak hari
itu Nagoya team maintain untuk
sekurang-kurang ke semi-final .Walaupun tak menang pingat, dengan adanya benchmark
sebegitu, secara psikologinya, bila kalah satu game pasti 2 lagi kena menang . Mentaliti juara datang
bila masuk final.Meskipun adakalanya tak menang, namun diletakkan sebagai
pilihan, sudah cukup merupakan satu penghormatan.Bagaimana tahu pilihan ke tak?
Bila hari tournament dimana orang selalu bertanya ;”Nagoya dah abes lawan ke
blum?” ,..instead of “ pas ni team ang lawan sape?”.
Percaya atau tidak, tahun lepas Team kesayangan ramai ini menang lebih 2 gelaran, sedangkan 1 pun sudah memadai untuk layak ke pusingan akhir IpIJ Champions League. Bagaimanapun , berpegang dengan prinsip seperti Man U, no treble is nothing, team ini bersepakat untuk tidak join kejohanan paling berprestij tersebut.Kerek? Bukan ini prinsip, harap faham.
Percaya atau tidak, tahun lepas Team kesayangan ramai ini menang lebih 2 gelaran, sedangkan 1 pun sudah memadai untuk layak ke pusingan akhir IpIJ Champions League. Bagaimanapun , berpegang dengan prinsip seperti Man U, no treble is nothing, team ini bersepakat untuk tidak join kejohanan paling berprestij tersebut.Kerek? Bukan ini prinsip, harap faham.
Tahun-tahun
kebelakangan ini, Nagoya senantiasa dilapisi muka-muka baru yang berbakat,
berkat hasutan tajam oleh senior dari sini.Maka, jika sesiapa yang terbaca ini
mereka yang kaki bola dan bercita-cita mahu abroad ke Jepun, Nagoya bukanlah destinasinya kerana sekadar terer main saja belum cukup.Kami hanya menerima mereka yang mahu menggenggam emas sahaja.
Badi Gifu.
Satu-satunya tournament yang Nagoya team tak pernah menang sejak kali terakhir menang 8 tahun dulu ,walaupun layak ke play-off.Entah
mengapa, itu tak pasti.Barang kali sebab dekat, tak penat maka
ter-overconfident skek.Ataupun ada kaitan
sejak pakai jersi sendiri, bukannya barca, real atau Kelantan?Wallahualam. Harap tiada apa-apa, sebab jersi dah makin classy ,siap ada logo sendiri.Ori ke tak buat tak tahu. Oklah tu, at least ada entiti sendiri ,dari pakai jersi dari team yang entah apa-apa macam Liverpool.
Apa-apa,untuk esok, good luck
guys.Berusahalah
5 comments:
captain jagung berjaya mmbawa nagoya keluar dari badi gifu taikai....worth of blog post about him...hahaha
Yang pakai baju Kuning tulis NIZAM tu yang patut ditampal di tulisan ini.
Okbai.
:p
juicy couture outlet, doke gabbana outlet, nike air max, wedding dresses, pandora charms, bottes ugg, karen millen, moncler, gucci, montre pas cher, ugg,uggs,uggs canada, swarovski crystal, canada goose uk, swarovski, pandora jewelry, toms shoes, vans, hollister, supra shoes, canada goose outlet, michael kors handbags, louis vuitton, ray ban, louis vuitton, hollister, moncler, pandora jewelry, ugg boots uk, converse outlet, ugg pas cher, louis vuitton, moncler, canada goose, canada goose outlet, ugg,ugg australia,ugg italia, moncler, canada goose, coach outlet, moncler, michael kors outlet online, canada goose, links of london, barbour, moncler outlet, marc jacobs, michael kors outlet, thomas sabo, pandora charms, lancel, sac louis vuitton pas cher
golden goose outlet
off white
bape hoodie
off white shoes
bapesta
golden goose usa
supreme outlet
kyrie 7 shoes
palm angels hoodie
golden goose on sale
golden goose outlet
off white
bape hoodie
off white shoes
bapesta
golden goose usa
supreme outlet
kyrie 7 shoes
palm angels hoodie
golden goose on sale
Post a Comment