Wednesday, August 25, 2010

Kenapa Lelaki Tak Pandai Pilih Kain




Sebenarnya..

Aku yakin yang baca ni kaum hawa belaka, walaupun ia ditujukan kepada orang lelaki

dan..



Sebenarnya..



Aku sendiri pun tak tau nak pilih dan punyala tak pandai sampai nak tulis sebab ape pun tak reti..



"Untuk yang umur-umur yang muda remaja ni,  kasi Pinky-pinky skit, nampak ceria, aktif dan bertenaga, baru nampak joreng .
  Yang berumur  23~42  lak bagi Creamy-creamy,nyum-nyum, sebab nampak matang, lembut dan keperibadian diri terserlah. Pastu yang berumur 43 ke atas  lu  bajet la derang takkan nak gedik-gedik lagi, gua rase yang Gloomy-gloomy, kelam, dominan dan tidak terlalu menonjol, pun ok. Yelah dah tua-tua nak tonjol ape lagi?"
-pesan member aku dengan riak wajah yang begitu meyakinkan.

Ha'ah, ye la tu.

Lain orang,lain la yang dia suka.Apa daa...
Contohnya kakak aku yang bercitarasa orang tua, sangat gemar dengan warna-warna pudar, warna-warna..orang tua la senang .Mungkin dia mahu kelihatan berumur, sebab kalau nengokkan fizikal dia , orang akan ingat dia ni adik aku yang masih bersekolah di tingkatan 3 Mahsuri.
Mak Dara  hujung kampung pula,(dlm citer Jongang-jongang,ai Halimah jongang,Halimah gigi Jongang..), tiap kali raya tak pernah tak merelip, dari jauh dah sakit mata .Payung mak aih kaler kunin. Spek tak nak kalah, Dolce-Gabbana,  macamlah orang tak tau tu buatan China.

Maka, tidak hairanlah, orang lelaki yang tipikal jarang ambil tahu tentang citarasa wanita terhadap kain, terutamanya dikalangan keluarga .Ini kerana panduan dalam memilih kain terhad pada kelaziman mengikut aras umur semata.

Cuma, anda di luar sana yang masih mahu menghadiahkan kain kat mak korng ke, kakak korng , makcik2 korng ke, nenek korg ke,  meh sini aku kasik tips;

Pastikan kain itu sepesen, satu kaler.
-Sebab ape? 
   Sebabnya, kalau korang beli lain2 kaler,lain corak, kemungkinan dikalangan mereka akan membanding-bandingkan kain yang korang kasik adalah tinggi.Masa tu akan adalah scene tarik-tarik rambut, hempuk-hempuk bantal (ok, tipu ,ini mmg takde).Bila masing-masing dah kenen sesama sendiri ,maka akan adalah yang jeles kat sanu dapat yang itu, yang sinun plak dapat yang macam ni.Hehehe..orang pompuan sungguh komplikated bukan?.Sudahnya , ade yang terasa hati dengan korang.Walau hati tak berkenan ,derang memang takkan cakap kat korangnye, percayalah.



Tanakkan mende yang tak best camni jadi.



Tapi takpe.
Kalau korang tetap ada spesifik kain yang mahu dibagikan insan yang tertentu, apa kata korang wrap-up kemas2, balut cm hadiah lagi santeek..Kalau dapat tulis besar-besar kat atas itu;

"KEPADA BONDAKU YANG TERSAYANG -ikhlas dari Aiman"

memang terbaiklah!!.Masa ni kain yang tak cantek di mata derg pon, tersangatlah berharga tak terkira, sirius~
Oh, ya make sure time bagi tu, hanya korang dengan si penerima. Takde sesiapa kat situ, dan pesan jangan kasi tau orang lain.

Okla,coretan ringkas yang tak seberapa dari aku.Gambar-gambar atas diambil kat Otsukaya, gedung kain yang  terbesar kat Nagoya. Budak2 sini cakap itulah origin Nagoya Textile kat Malaysia.



Gamaknyele..



_ciaou









p/s: Dah! Dah! Raya dah nk dekat ni, tak sempatnye ..

14 comments:

Anonymous said...

omg!canteknye kain2 kat jepun!

http://arenyssoutre.blogspot.com

diraja22 said...

belum tentu lelaki xpandai pilih kain, xajak beli sekali mana tahu..

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

hehehe~

aku tak berapa nak pandai pilih2 kain ni (adakah aku bukan perempuan? sob sob sob)

sejak dah kerja ni, aku beli baju dah siap je. senang sebab kira jimat sedikit.

err, aku suka kain gambar 1st. entah, jiwa punk kata adik aku bila ada kotak2 (sengal beliau..huhuhu)

dan er, tahun ni baju raya kamu warna apa?
meh beli kaler sama.

hahahah~

ザ-sylver- S said...

@are_nyss: iyaa..memang lawo2 blake..thx for drop by

@diraja22: hehe..kene byk blaja dari orng lame ni..

@zara:okla baju siap, tempah2 ni anak tan sri jerk...
taun ni sama ngan taun lepas yang juga sama dgn setaun sblum tu..
cokelat mocha latte ..

maple said...

fuyyo,rambang mate tengok..hebat mr.sheri nyer research psal pompuan ikut level umo tu..thumbsup la!

kay-N said...

errr..waaaaaaaaaaaaaaaa..best nyeee..byk kain cantek2..tolon laa belikan satu~~[murah x??]..aaaaaaa...jeles!

ザ-sylver- S said...

@maple: heh, common sense je tu..

@kN: tu tk nmpak tuh, dlm 58ribu, loan bank 15tahun gak aa baru abes byar..huhu

Qastalani® said...

mak aih canteknye kain.. kalo konvert duit Mesia kira mahai ke murah?

ni buat jual kat org Mesia ni jual online laku nihh

p/s: salam kenal daripada ahkakk

ザ-sylver- S said...

@ahkakk: ekekeke..bole join venture tk?..

nadiastory said...

salam...serius cantik kain2 kat sana...

admin@blogdiloz.com said...

smart-smart gambar.
keep up good work.
:)

✿ismi:Nauratul Nadiah✿ said...

baru tgk post ni..
Just one sentence.
CANTIKGILERSAMPAINAKPENGSANKAIN2KATSANEEEEEEEEEEEEE!

ザ-sylver- S said...

@nadia: cantik2...tp perhiasan dunia je semata nih..yang cntik sebnarnya dari dalam...wahh

@Diloz: hait, Lan Sempai

@Nao:haha..double meaning tuh,double meaning tuh..

✿ismi:Nauratul Nadiah✿ said...

HAAHA..
xde maknenye double meaning..
Bergantung pada org yg mentafsirkannye:)

Related Posts with Thumbnails