Friday, October 21, 2011

facebook sebenarnya membuatkan kita jadi pemalas

  Kelmarin member gi temankan aku re-new geran kereta, kereta dia la , aku mieskin.Kereta dia canggih, siap ada navigator yang boleh cakap-cakap. Tapi taklah secanggih  navi Lexus Mark X yang pakai operator orang betul tu. Real, orang real, boleh jadi awek real yang bersuara husky dan muka persis Kiritani Mirei, servis 24/7. Siri?Voice Talk? Menatang apakah?



*lama plak parking depan lab ni kan,...rr.Bukan keter ni btw

Ngeengg, ngeeenng..**bunyi enjin

  Perjalanan makan masa dalam 20minit,dan memandu kereta yang ada navi, pejam mata tekan minyak pun sampai. Ok , lame.Dah takyah nak tanda-tanda kedai pachinko mana satu baru  nak konar.Simpang mana kene mark, mahupun jalan short-cut yang baeekk punya ( gaya cakap Dafi,isyarat jari tuh optional).
     Pun begitu ,bukanlah nak ego tak memasal, tapi kadang-kadang navi ni bukannya betul. Jalan lurus dia suh belok,elok masuk sini dia tunjuk ke sana, patut pusing sini dia suh simpang ke sinun,…eh eh? Mana ko nak bawak pergi mana nih?
…..
   Oo, depan tu ade construction, patut la dia suruh belok, bagus tul navi nih, up-to-date….*bunyi cengkerik* iya aku memang ego!
Ironinya ,aku yang dah jarang bawak kereta ni, boleh la jugak nk ingat-ingat jalan kat Nagoya nih. Bukannya susah sangat pun, asal-usul dari petak-petak sawah, pusing-pusing situ jugak.Tapi sejak ada navi, orang bawak kereta dah macam bawak kapal terbang, auto-pilot.

   Ahli falsafah Malta,Edward De Bono, ada cakap kat aku yang Facebook ni sebenarnya membuatkan kita menjadi malas dan dungu.Dia tambah lagi "That we can get information our computer and our communication systems are getting better and better, people say ‘I don’t have to think, information will make my decision for me’, and that completely rules out creativity using the information in a different way, or new way."

    “{Social media causes} laziness, that we just feel we’ll just get more information and we don’t need to have ideas ourselves – we’ll get ideas from someone else, we don’t need to look at the data we’ll just see what someone else has said and so on.”



    Aku agak setuju di situ. Yelah, masa form4 ngan form5 dulu aku sangat suka baca buku sejarah kaler coklat itu. Ok , aku nerd. Aku baca sebab aku yakin makin banyak aku baca makin banyak point nak tulis, maka makin kurang markah yang tercicir dalam exam nanti. Rupanya aku silap. Sebenarnya, semakin banyak aku baca, semakin banyak yang aku tak tahu, dan semakin aku teruja dengan hakikat yang rupanya banyak lagi aku tak tahu itu. Jadi, instead of down sebab tak score banyak, aku lebih banyak menyesal , kalau aku tak sempat habis khatam baca.
Berbeza dengan buku baru kbsm sekarang.Kalau padam “buku teks” kat cover, dah tak saling tak tumpah macam buku rujukan aku  dulu .Buku rujukan sekarang pulak paham-paham je la dah jadi macam mana .Dia tulis point2 semata supaya bebudak tahu macam mana nak senang ingat dan score tinggi2-agak konfius, mungkin ada sebab lain lagi dia ditulis semacam itu.Facebook pulak dah jadi macam buku rujukan itu.

“Dengar cerita, kawan kiter kat mesia bahagia je semacam”-member bersuara.

Dah tunang memangla bahagia. Tu belum tengok dia kahwin macam mana, sambil tangan terkebil-kebil cek fb dia kat aipong.
.
.
...
Ha? Dah kahwin??.
    Banyak update tentang mereka yang pernah rapat dengan aku dah terlepas. Bukan apa, hidup sendiri dah serabut, takde keje nak tanya hal orang. Setakat cek di fb, like , then sudah cukup kita nilai orang gembira ke,ade problem ke hape.

   Samalah info-info random kat fb nih.By the way masa ni tengah hot kes lenyek budak kat China.
Sumpah takde orang yang tak hangin.Marah dengan driver lori, dengan 18 orang itu.
Tup,tup, keluar plak info yang kata jangan tolong orang susah kat sana, kerana mereka sebaliknya akan menyusahkan korang balik dengan kadar yang lahanat (seumur hidup mungkin).-then kita hangin pulak dengan undang-undang bangang kat sana pulak dah.Kejap lagi kang ada info pasal mak cik yang tolong angkut budak itu tertekan sebab kene cop raih  populariti murahan.- then what?

   Good to know the thing could happen and already did (actually). But to realize how lazy we are to think further is not surprise nowadays; because we’re not really do think anymore.

     Navi pun sepesen, masuk data,,dia sintesis, dia buatkan route, dan kita? follow aja. Takde istilah “learn from mistake”.

      Facebook mungkin buatkan kita jadi malas, malas nak fikir. Ni belum masuk lagi spesis yang selalu mengular ke fb-itu bab lain. Tapi kalau nak kata facebook buat kita jadi dungu , agak-agaklaa. Mungkin tak dungu , cumanya tak ber-skill, sebab skill hanya  dapat bila kita selalu buat silap ,  SAHAJA. Dari silap, kita belajar something yang lain- itulah kreativiti.

Jadi, berapa ramai kita yang betul amal-amal doa murah rezeki dalam seharian? atau macam nak selesai masalah trigonometri dalam masa 2 saat?

Pandai kan aku? Dari mana lagi aku belajar , kalau tak dari info-info random yang bersepah kat facebook.



Bajet pandai pulak tulis panjang-panjang ada orang nak baca.Oklah ,semban lagi sok _ciaou.








2 comments:

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Aku setuju dalam sesetengah part.

Orang jemput kahwin/kenduri hatta tahlil kematian di FB sekarang/ Jadi bila tak buka FB, dan tak tahu apa2, tiba2 bila dengar cerita si polan dah kahwin, dah meninggal, beranak dan sebagainya - orang akan kata...

"kau tak tengok FB dia eh?"

Pffft.

Sama juga macam kita tegur orang kat wall dia, tapi dia tak balas. Macam mana kita nak tahu perkembangan/nak bertanya soalan kan?




Lebih kurang begitulah.
Cuma kalau kahwin jemput di FB dengan ada 3000++ waiting for confirmation, aku tak nampak mana keikhlasan dalam menjemput.



Nak jimat?
Malas?


Entah.

Anonymous said...

jordan shoes
off white nike
hermes outlet
bape outlet
goyard outlet
off white outlet
off white outlet online
kyrie shoes
supreme clothing
nike travis scott

Related Posts with Thumbnails