Boring-boring hujung minggu tak tahu nak buat apa , selalunya gi lepak kat Book-off depan rumah.
Biasanya datang tengah hari balik senja, tanpa beli seketul buku.hahaha..
Cuma hari ni (tipu, bukan hari ini, ntah bila-bila tak ingat), gigih bawak 12 naksah buku lama yang pakai masa blajar hari tuh , dengan harapan dapat di-redeem kan dengan sekurang-kurangnya sebuah buku yang baru
Haram.
Dari 12, cuma 2 je dia amik, alasannya, customer tak cari buku rujukan subjek kat kedai dia. Woi!!, ni ilmu jugak tau tak.
Takpelah, kembali dengan perangai sakai ,ambil satu, membaca berejam , membeli haram.
Akhirnya jumpa satu buku yang berjaya menambat hati, dan duit dalam wallet aku.
Ingat lagi, masa habis SPM dulu, best-best student( dan yang perasan cambest seperti aku) lebih cenderung nak sambung abroad , kat mana lagi kalau bukan english speaking country. Pun begitu,pilihan serpihan-serpihan yang tinggal, hanyalah Aussie, sebab engineering kat NewZea , hmmm...
UK, US ..babai
Aussie pulak nak Cambridge Level kurang-kurang 3-> pun babai.
Tapi sebab nak rasa main baling-baling salji dengan awek, kemudian ada cincin bubuh dalam macam citer Winter Sonata itu jugak, aku gagahkan tik Jerman , dengan Jepun,
Alhamdullillah, yang dapat Jepun. Aku pun tatau sebab apa boleh tercakap Jepun masa interview. Mungkin ketika tuh, Morning Mosume tengah hit, kepala otak cuma pikir macam mana nak jumpa Takahashi Ai saja.
Bagaimana pun boleh bercakap dengan boleh menulis itu 2 kemahiran yang memang berbeza, dan terasa perbezaannya bila aku tulis blog dalam english , susah hati.Susah hati kalau ada orang kompelin, orang mengata.Susah hati itu boleh kata macam tengok Evans kena red card tadi.
Review
Buku yang dicetak kat Malaysia ini, menunjukkan kesilapan-kesilapan mudah yang korang biasa buat ketika dalam penulisan . Mengandungi 5 part , setiap part dipecah ikut penggunaan tatabahasa, dimana setiap contoh yang disediakan, disertakan sekali pembetulan dengan rasionalnya sekali.
Sebagai contoh;
Shall ,orWill ?
Don't : I will go tomorrow if it's fine .
but say: I shall go tomorrow if it's fine
Don't : She tells me you shall go tomorrow.
but say : She tells me you will go tomorrow.
Don't : I have determined that I shall go.
but say : I have determined that I will go.
Don't : You will go out if you're good.
but say: You shall go out if you're good.
Got it? . To form the simple future , use shall with the firts person and will with the second and third persons.Will in the first person denotes resolution or personal determination, and shall in the second and third persons denotes either a command or a promise.(page 89)
Lagi-lagi...
Sick ,or ill..?
Don't : He' s been sick for over a year.
but say: He's been ill for over a year.
#to be ill means to be in bad health, while to be sick mean vomit(loya-loya, muntah, mual, tak sedan badan, sengal). We sometimes use sick idiomatically to mean ill , like; The smell make me sick.(page 115).
Dan banyak lagi , yang cukup buatkan ko , cakap " oOOooo..camni rupanya..".
Kemudian dia sediakan latihan ringkas, yang sesuai lagi seronok di-praktis semasa menonton mana-mana match Liverpool ataupun Negeri Sembilan..
Kat sini ia berharga 1355 yen, dan aku yakin harga pasti lagi murah kat di Malaysia. Jika serius nak belajar English dengan santai, this book is recommended!.
Sebelum berpisah ,cuba cek,antara 2 ayat ini yang mana satu yang betul;
1) Bosingwa and Drogba came in the room and sat down
2) Bosingwa and Drogba came into the room and sat down
dan kenapa?..
_ciaou
2 comments:
aku suka! buat entry camni lagi so that aku tak perlu pergi kursus kat BC!!
Eh, boleh redeem buku?
Best.
Post a Comment